Monday, June 29, 2009

Dosa Kuku Panjang


Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah
nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya
sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika
kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa
yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah
kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang
atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan
ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodohatau
pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu
pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah
kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu
anak
yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah
dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.
berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat
dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin
dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

No comments:

Post a Comment